Kenapa harga Madu Tualang jauh lebih mahal dari Madu Asli biasa?
Jika anda di sini, kemungkinan besar anda ingin tahu, mengapa harga Madu Tualang Asli di Malaysia sangat ‘cekik darah’ berbanding madu biasa? Adakah Madu Tualang ‘borong’ yang dijual jauh lebih murah di Facebook itu boleh dipercayai keasliannya? Dan tak cukup itu, jurang harga manakah yang boleh bantu menjamin kesahihan Madu Tualang Asli?
Jom, ikut kami merungkai kesemua persoalan tersebut!
Kenapa Harga Madu Tualang Asli ‘Cekik Darah’
Anda tahu dari mana datangnya nama Madu Tualang? Ia datang dari Pokok Tualang. Pokok ini hanya boleh dijumpai di hutan hujan tropika di beberapa negara Asia sahaja, iaitu Filipina, Indonesia, Thailand, dan Malaysia. Ia juga merupakan satu-satunya spesies pokok tropika tertinggi, berukuran 88m (289 kaki) tinggi.
Jadi, disebabkan ketinggiannya yang tidak masuk akal, satu-satunya cara untuk menuai madu dari sarang lebah di pokok tersebut adalah dengan cara manual. Ya! Seseorang perlu memanjat Pokok Tualang dan menuai madu tanpa sebarang bantuan dari mereka yang di bawah. Tak percaya? Jom tengok video ini.
Ngeri! Tapi itulah kenyataan. Jadi, jika anda rasa harga Madu Tualang Asli terlalu mahal, anda sebenarnya membayar untuk jenis Madu Eksotik. Bermaksud, tak mungkin madu tersebut dibuat atau diproses di kilang. Anda akan dapat semurni Madu tersebut.
Jadi, Madu ‘Borong’ Facebook Itu Bukan Madu Asli?
Jangan cepat untuk menilai! Murah tak bermaksud tidak berkualiti, dan mahal tidak bermaksud lebih bagus. Jika anda tidak percaya, boleh baca satu kajian ini yang menunjukkan sebab mengapa Madu Asli dijual pada harga yang berlainan. Untuk memastikan anda membeli Madu Tualang yang 100% asli, boleh ikut checklist ini:
- Jika ‘seller’ tersebut ada jual produk madu lain, lihat sekiranya mereka ada sijil keaslian madu. Contoh sijil yang anda patut cari adalah, RapidRAW Honey Analysis dari GENOM Malaysia.
- Ketahui sumber madu sebelum membeli. Madu Tualang Asli Malaysia berbeza mengikut tempat. Sebagai contoh, Madu Tualang Asli Tasik Kenyir lebih pekat, likat dan gelap berbanding Madu Tualang Asli Hutan yang lain.
- Madu Tualang tersebut ada kesan buih ke tidak? Jika ada, memang produk sahih. Tapi, jika tiada, berkemungkinan itu adalah produk tiruan. Madu Tualang Asli Malaysia secara semulajadi akan ada kesan buih di atasnya.
Okay, sekiranya semua checklist tersebut ada, bagaimana pula dengan harga?
Harga ‘Confident’ Untuk Madu Tualang Asli Malaysia
RM85? Atau RM200? Jika anda ingin membeli Madu Tualang Asli Malaysia, amat digalakkan untuk mencari produk yang berharga RM100+ keatas.
Eh, bukan sebab nak kaut untung! Tapi untuk pastikan anda membeli produk yang 100% asli. Seperti yang diceritakan tadi, Madu Tualang ini merupakan produk eksotik, jadi kesegaran, kualiti dan khasiatnya perlu dijaga. Disebabkan 80% proses ‘pengilangan’ dijalankan dengan tangan, memang logik harga madu tersebut lebih mahal.
Sebagai contoh, untuk Madu Tualang yang berjumlah 300gm, produk yang berharga RM110-RM150 sudah memadai.
Dengan cara ini, anda akan rasa lebih yakin dengan pembelian anda!
Jadi, itulah cara-cara terbaik untuk menjamin kesahihan Madu Tualang Asli Malaysia melalui perbandingkan harga. Jangan lupa untuk semak sijil keaslian madu! Lebih bagus jika ‘seller’ tersebut merupakan diiktiraf sebagai ‘trusted seller’ atau telah memenangi sebarang anugerah sepanjang ia beroperasi.
Hati-hati semasa membeli madu dan semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan lupa share ya!
0 Comments