Kenapa madu hutan meletup? Apa yang terjadi? Madu hutan ada campuran bahan bahaya ke? Selamat ke untuk dimakan?
Sebelum anda buat kesimpulan, apa kata anda kaji dulu sifat madu hutan. Kenal dengan lebih mendalam mengenai madu asli di negara kita ni. Tak kenal maka tak cinta bukan?
Apa itu madu dari lebah hutan? Berbeza dengan madu lebah biasa, madu diperbuat dari lebah hutan Malaysia hanya diperoleh melalui sarang lebah di hutan hujan tropika yang dalam (rainforest). Biasanya, madu lebah hutan Malaysia, atau nama lainnya Madu Asli Malaysia, dihasilkan dari lebah apis dorsata (nama tempatannya dipanggil lebah tualang!).
Lebah tualang mengumpul nektar dari pelbagai jenis tumbuhan di hutan. Campuran nektar dari tumbahan eksotik inilah yang menyebabkan khasiat Madu Tualang Asli jauh lebih mujarab. Oleh kerana itu, rasa dan aromanya sedikit berbeza dari madu asli di pasaran. Warnanya lebih pekat, dan keruh dibandingkan dengan madu Malaysia yang lain kerana kandungan mineral dan enzimnya jauh lebih banyak dan kompleks.
Tapi apa sebab madu meletup? Tak asli ke?
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya letupan atau bocoran dari madu tualang yang baru sahaja anda beli. Antara faktor dalamannya dan luarannya ialah:
- Terjadinya proses fermentasi atau penapaian pada kandungan madu dan ianya terjadi secara semula jadi.
- Aktiviti enzimatik pada madu lebah juga secara semulajadi.
- Terjadi hanya pada madu Raw & unprocessed. Kandungan air pada madu Tualang tetap sama.
- Penutup botol dalaman tiada lubang kecil.
- Berlakunya goncangan ketika melakukan penghantaran madu kepada pelanggan
- Terdedah kepada suhu yang tinggi atau panas.
Apa yang perlu anda buat jika madu anda ‘meletup’?
Pertama sekali jangan panik dan jangan terus buat keputusan untuk pemulangan semula. Anda seharusnya bertenang. Kejadian ini berlaku oleh kerana madu Tualang atau madu hutan tersebut adalah asli dan tidak diproses.
Sekiranya berlaku letupan madu dan buih buihnya terkeluar, sebaiknya anda diamkannya seketika. Biarkan madu didalam peti sejuk dan dialas dengan mangkuk sekurang kurangnya 5 jam. Setelah beberapa jam, madu akan kembali kepada keadaan asal dimana tekanan gas akan hilang. Anda kini sudah boleh menikmati khasiat madu tualang.
Apakah khasiat madu hutan?
Ada beberapa khasiat madu tualang asli yang tiada pada madu biasa. Antaranya adalah kebolehannya untuk meningkatkan imunisasi badan secara semulajadi (terbukti secara klinik!). Kandungan phenolic dan flavonoids pula yang ada dalam madu tualang adalah yang tertinggi berbanding madu-madu lain di Malaysia. Ia adalah sumber antioksida yang mampu melawan radikal bebas dan melindungi sel sel tubuh daripada rosak yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia
Selain itu, kajian menunjukkan sifat antimikrobial pada madu tualang dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit seperti penyakit jantung. Ini sangat mujarab bagi golongan dewas atau warga emas yang inginkan ingkatkan atau kekalkan pertahanan badan tanpa perlu memakan makanan tambahan lain.
Mana nak dapat madu hutan? Dapatkannya hanya di www.beebudzhq.com
0 Comments