Enjoy 10% off your FIRST purchase! Coupon code: beebudz10x

SHOP NOW

TENTANG KAMI

  1. Utama
  2.  • Tentang Kami
Cerita Kami

Bagaimana Dua Ibu Mulakan BeeBudz®

Pengasas BeeBudz®
Dari Kiri: Hazian (Pengarah Urusan), Ty Zariah (Pengarah Kreatif)

Uji Ketulenan Madu Asli BeeBudz® Hasil: 100% Tulen
Dijalankan oleh GENOM Malaysia melalui RapidRAW Honey Analysis

Semasa kami mendirikan BeeBudz®, kami ingin menghasilkan produk yang mampu memberi nilai kepada ahli keluarga dan orang-orang tercinta. Semuanya bermula ketika dua ibu ini sedar bahawa anak-anak mereka terlalu kerap mengambil makanan yang tidak sihat. Dan ketika itulah mereka memutuskan untuk mencari pengganti coklat dan gula-gula kepada sesuatu yang lebih sihat.

Dan jawapannya adalah MADU!

Apabila mengidam benda manis, telan sahaja madu asli! Sedap dan ternyata lebih sihat pada tubuh badan.

Tetapi, dilema yang selalu kita alami ketika mencari madu asli di pasaran adalah sering kali kita ditipu dengan madu tiruan yang pada kenyataannya dicampur dengan kandungan gula yang tinggi. Walaupun dilabel sebagai “tulen”, ramai yang sekarang ragu-ragu untuk membeli madu dari pasaran kerana mereka mempersoalkan keaslian dan ketulenannya. “Adakah mereka benar-benar tulem Madu murah mesti palsu!”

Daripada menginginkan tubuh yang lebih sihat, pilihan yang salah boleh menyebabkan penyakit yang tidak diingini seperti diabetes.

Tetapi BeeBudz® tidak seperti yang lain!

Setiap titisan Madu Asli BeeBudz® adalah keajaiban emas organik 100% tulen yang dituai dari sarang lebah bunga tempatan dari seluruh Malaysia. Produk kami tidak percaya akan gula tambahan kerana glukosa dan fruktosa dalam madu kami cukup untuk menjadikan tubuh anda sihat dan bertenaga.

Uji Ketulenan Madu Asli BeeBudz® Hasil: 100% Tulen
Dijalankan oleh GENOM Malaysia melalui RapidRAW Honey Analysis

Madu untuk seisi keluarga!

Untuk penggemar madu yang mencari lebih daripada sekadar ‘madu tulen’, campuran sentuhan buah khas seperti BeeBudz® Pure Honey with Lemon dan BeeBudz® Pure Honey with Berries adalah antara produk jualan terbaik kami! 100% organik, madu ini ditambahbaik dengan ekstrak buahan premium yang diimport dari Itali. Sama seperti produk kami yang lain, kedua-duanya tidak mempunyai gula tambahan dan sebarang bahan tambahan tiruan.

BeeBudz® ingin jadikan keluarga anda lebih sihat.

Sejak awal, BeeBudz® komited untuk mengubah gaya hidup keluarga kepada yang lebih sihat. Kami fikirkan “apa yang dapat menjadikan keluarga anda lebih sihat?”. Kami bukan sahaja mahu hasilkan produk yang sedap, malah, kami fokus untuk hasilkan produk madu sihat yang dapat dinikmati oleh seluruh ahli keluarga. Kami setia untuk menjadikan keluarga anda lebih sihat.

Chat with us now
Need any help?